PMTG PAUH : ANWAR PEROLEHI 60 % UNDI MELAYU DAN 80 % UNDI BUKAN MELAYU ~ Ref Malaysiakini

Lebih kurang 13 jam lagi pusat pengundian akan dibuka untuk membolehkan proses pembuangan undi bermula di Permatang Pauh. Rata-rata rakyat Malaysia dari jauh dan dekat tidak sabar-sabar lagi menanti pengumuman keputusan Pilihanraya Kecil yang disifatkan sebagai 'Mother of By Election' atau Ibu segala Pilihanraya Kecil.

Pemandangan di sekitar parlimen ini sekarang, menyaksikan deretan kereta bertali arus menyebabkan kebanyakan jalan-jalan 'jam'. Suasana kehangatan kempen makin memuncak sehinggalah jam 12.00 tengah malam ini apabila waktu kempen secara rasminya ditutup. Namun semua orang tahu bahawa jentera kedua-dua belah parti (maksud saya ketiga-tiga parti) tidak akan melelapkan mata malam ini demi untuk mempertahankan benteng terakhir mereka dari dirobohkan.

Ramai pemerhati mendakwa pihak BN akan menggunakan masa-masa kecederaan ini untuk menaburkan wang; risalah-risalah fitnah dan sebagainya sebagai strategi dan taktik terakhir mereka untuk mengalahkan PKR. Sebagaimana biasa jentera Pakatan Rakyat Insya Allah akan melakukan tugas-tugas keselamatan disetiap lorong masuk dan keluar di setiap peti-peti undi demi untuk menggagalkan usaha BN menyogok dan mengugut pengundi.

Bagi pihak Polling dan Counting Agen (PACA) atau sekarang dipanggil PAKA sudah tentu mereka sibuk mengemaskini borang dan peralatan untuk bertugas esok. PACA ini merupakan benteng terakhir bagi mengelakkan BN dan SPR menipu kita. Kekuatan PACA dan petugas Pondok Panas akan menentukan samada kita mudah ditipu atau sekurang-kurangnya kita dapat meminimakan penipuan pihak-pihak yang tidak takut kepada Allah ini. Ramai menjangkakan bahawa BN akan menggunakan segala tipu helahnya untuk menang atau paling kurang mengurangkan majoriti kemenangan Anwar.

Saya mengharapkan jentera Pakatan Rakyat jangan terlampau 'over confident' kerana apa juga keputusan boleh berlaku kerana BN ada SPR, Polis dan sebagainya.

Anwar akan menang selesa?

Sementara itu, tinjauan rambang beberapa pihak termasuk Merdeka Centre dan pemerhati politik mendapati 60 % pengundi Melayu tetap akan mengundi Anwar walaupun beliau difitnah dan ditohmah dengan hebat. Rata-rata pengundi-pengundi melayu ini tidak percaya dengan segala sumpah seranah dan fitnah BN kepada Anwar.

Manakala bagi pengundi bukan Melayu dijangkakan 80 % dari mereka akan mengundi Anwar. Jika benar tinjauan ini maka dijangka Anwar akan memperolehi majoriti yang lebih besar dari apa yang diperolehi oleh Wan Azizah.

60% percaya liwat bermotif politik

Kira-kira 60 peratus pengundi Melayu di Permatang Pauh percaya pertuduhan liwat terhadap calon PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bermotifkan politik.

Kira-kira 31 peratus daripada 544 pengundi di kawasan itu "sangat percaya" Anwar menjadi mangsa percaturan politik, seperti dakwaannya sendiri, dalam tinjauan badan kaji selidik pendapat awam terkenal Merdeka Center.

Terdapat 69.4 peratus pengundi Melayu daripada 58,449 di kerusi parlimen itu yang kini diperebutkan dengan sengit antara PKR dengan BN yang diwakili Datuk Arif Shah Omar Shah.

Sementara 28 peratus lagi responden “lebih kurang setuju” dengan pernyataan “adakah dakwaan salah laku seks terhadap Anwar bertujuan politik?”

Sementara itu, 35 peratus lagi tidak beranggap sedemikian, dengan 20 peratus “sangat tidak setuju” dan 15 peratus “lebih kurang tidak setuju”.

Selebihnya 6 peratus lagi tidak tahu atau tidak ingin memberitahu.

Tinjauan tiga hari Merdeka Center sehingga 24 Ogos, hanya dua hari sebelum pengundian esok.

Badan itu meletakkan marjin kesilapan 4.3 peratus.

Dalam tinjauan berasingan oleh pusat yang sama awal bulan ini, kira-kira 50 peratus responden Melayu di Semenanjung tidak percaya dakwaan yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu Anwar.

Comments