PASCA MUKTAMAR : KETUA PEMUDA JAWAB ISU POLIGAMI ~ Ref Malaysiakini

Gurauan Pengerusi Tetap PAS, Ustaz Abu Kassim Lebai Abdullah yang menyatakan PAS Melaka hanya pandai berpoligami tetapi tidak ada sebarang kerusi yang dimenangi di jawab oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Ustaz Kamaruddin Sidek.

Ustaz Abu Kassim ketika mempengerusikan Muktamar tersebut secara berjenaka melalui pantunnya berkata "PAS Melaka pandai berpoligami, tapi tiada sebarang kerusi."

Ustaz Kamaruddin semasa bangun membahaskan ucapan dasar Presiden dengan bersahaja berkata PAS Melaka telah berusaha sedaya upaya untuk memenangi kerusi di Melaka termasuk meramaikan pengundi dengan berpoligami. Ucapan beliau ini disambut dengan ketawa riuh rendah sidang perwakilan dan pemimpin PAS.

Comments