NOSTALGIA YANG DINANTIKAN, ANWAR ANGKAT SUMPAH ESOK ~ Ref Malaysiakini

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkempen menggunakan tema Merdekakan Rakyat dan moto "Ke Putrajaya Bermula di Permatang Pauh" - kembali muncul sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh - selepas 'berehat' selama 10 tahun dengan majoriti 15,671 undi.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengatasi majoriti lebih 13,000 undi yang dicatatkan oleh isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Di Kuala Lumpur, Speaker Parlimen Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengumumkan bahawa beliau akan mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen esok.

Ia diumumkan di Dewan Rakyat sebentar tadi dan ia menjadi kenyataan, Anwar dipercayai menjadi anggota Parlimen pertama mengangkat sumpah dalam tempoh kurang 48 jam selepas memenangi pilihan raya kecil.

Anwar yang juga bekas Menteri Kewangan telah dipecat dari Umno dan kerajaan pada September 1998.

Minggu depan genap 10 tahun beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno.

Selepas keputusan rasmi diumumkan, Pusat Operasi Utama PKR didendangkan dengan lagu "We Are The Champion". Bagaimanapun Anwar tiada di sini ketika itu.

Dalam keputusan rasmi diumumkan malam tadi, Anwar yang mewakili PKR memperoleh 31,195 undi manakala Datuk Arif Shah Omar Shah dari BN pula mendapat 15,524 undi dan AKIM menerima 92 undi. Undi rosak pula 447.

Hanafi, yang juga Presiden AKIM, hilang wang pertaruhan. Berbanding dua calon itu, Hanafi yang turut dikenali sebagai Haji Pi tidak mengundi di Permatang Pauh.

Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Roslan Yahaya pada pukul 10.02 malam di Institut Perguruan Tuanku Bainun.

Mstar

Comments

Penglipurlara said…
Hidup Anwar.. save us all...
www.kecohkecoh.blogspot.com