MUKTAMAR : USUL PERKASAKAN PAKATAN RAKYAT DILULUSKAN SEBULAT SUARA ~ Ref Malaysiakini

Usul memperkasakan Pakatan Rakyat yang dibawa oleh Dewan Pemuda PAS Pusat yang sebentar tadi dibahaskan oleh para perwakilan pada Muktamar PAS Pusat ke 54 diterima sebulat suara.
Usul tersebut disokong perwakilan dari Selangor, Perak dan Kelantan.
Tuan Guru Mursyidul Am dalam ulasan terhadap usul ini berkata Pakatan Rakyat ini mesti dipertahankan. Beliau juga berkata perkara pertama hasil dari Pakatan Rakyat ialah penerimaan orang Bukan Islam iaitu Cina, India dan lain-lain, terhadap kepimpinan PAS di semua negeri Pakatan Rakyat.
Usul ini diterima sebulat suara.

Comments