Setiap kali berlakunya masalah ke atas bangunan kerajaan atau apa juga projek, pimpinan kerajaan akan membuat kenyataan bahawa ianya akan disiasat secara terperinci. Namun seringkali hasil siasatan tidak didedahkan kepada umum. Lebih teruk lagi jarang sekali pasukan penyiasat terjumpa berlakunya penyelewengan, rasuah atau salah guna kuasa.
Semalam MRR2 sekali lagi menimbulkan masalah dimana tiang jejambat yang menelan belanja RM308 juta (termasuk kos tambahan untuk 'repair') retak.
Kerosakan jejambat itu disedari oleh seorang pemandu yang melaporkan mereka ternampak batu-batu jatuh dari salah satu rasuk jejambat itu dekat Stesen Komuter Kepong. Keretakan dikesan pada salah satu rasuk tiang jejambat itu. Tiga daripada 18 batang carbon fibre reinforced plastic (CFRP) prategasan yang dipasang pada struktur itu didapati putus secara tiba-tiba.
Bagaimana ini boleh terjadi. Baru sahaja tahun lepas RM70 juta duit rakyat hangus bagi membaiki MRR2 ini. Kini ianya retak dan membahayakan pengguna semula. Apa semua ini, siapa yang punya angkara sehingga MRR2 yang begini mahal rosak sana rosak sini sedangkan umurnya baru setahun jagung.? Bagaimana agaknya kalau umurnya menjangkau puluhan tahun?
Selepas pemeriksaan, keretakan dikesan pada salah satu rasuk tiang jejambat itu. Tiga daripada 18 batang carbon fibre reinforced plastic (CFRP) prategasan yang dipasang pada struktur itu didapati putus secara tiba-tiba. Putus? Tak ada Quality ke? Macamana boleh putus sedangkan ianya baru beberapa tahun digunakan. Bukankah ini membahayakan pengguna?
Pengganti Samy Vellu, Mohd. Zin Mohamed berkata, CFRP tersebut digunakan pada rasuk 31 batang tiang jejambat berkenaan untuk menyelesaikan masalah keretakan yang pernah berlaku sebelum ini.
Mat Zin berkata, walaupun tiga batang CFRP pada rasuk itu telah putus, MRR2 masih selamat digunakan kerana kajian Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati jumlah minimum CFRP yang diperlukan hanya 12 batang. Masih selamat? Siapa nak tanggung nyawa rakyat jika sesuatu yang lebih buruk berlaku, memang tidak bertanggungjawab betul lah menteri ini?
Mat Zin berkata, walaupun tiga batang CFRP pada rasuk itu telah putus, MRR2 masih selamat digunakan kerana kajian Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati jumlah minimum CFRP yang diperlukan hanya 12 batang. Masih selamat? Siapa nak tanggung nyawa rakyat jika sesuatu yang lebih buruk berlaku, memang tidak bertanggungjawab betul lah menteri ini?
Saya menggesa satu siasatan menyeluruh dilakukan oleh pakar-pakar yang benar-benar bertauliah merangkumi aspek-aspek TEKNIKAL, SISTEM PEMBERIAN KONTRAK (PROJEK), SISTEM PEMBELIAN BARANGAN, SISTEM KELULUSAN PROJEK, SISTEM PENILAIAN JURUPERUDING DAN LAIN-LAIN.
Kemungkinan besar ujudnya penyelewengan, rasuah dan salahguna kuasa berlaku ke atas projek ini setelah beberapa kejadian yang diluar jangkaan berlaku. Menteri Kerja Raya yang pencen dan yang sedang menjawatnya sekarang mesti bertanggungjawab sepenuhnya.
Saya berharap siasatan ini dapat disegerakan dan jika terdapat unsur-unsur negatif di atas, individu-individu terbabit mesti dituduh di mahkamah dan jika disabitkan kesalahan mereka mesti dihukum tanpa mengira kedudukan dan pangkat.
Comments