MRR2: RAKYAT MUAK DAN JELAK DENGAN SIKAP KERAJAAN - Ref Malaysiakini

Rakyat Malaysia sudah jelak dan muak dengan sikap kerajaan Islam Hadhari yang tidak serius dalam isu-isu keselamatan rakyat. Terbaru MRR2 yang menelan duit rakyat sebanyak RM308juta (termasuk RM70 juta untuk kos 'repair') didapati sekali lagi rosak dan tidak berapa selamat untuk digunakan.

Perdana Menteri, Imam Hadhari (Abdullah Badawi) hari ini dilaporkan kononnya berasa sedih dan kesal dengan kejadian MRR2 retak.

Keretakan terbaru di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menyebabkan rakyat marah akibat pembaikian dulu tidak dijalankan dengan sempurna, kata perdana menteri.
"Dulu ketika rosak, kita telah mengeluarkan belanja RM70 juta dan ini adalah satu perbelanjaan yang besar. Dan sekarang ini retak lagi, mengikut apa yang dimaklumkan oleh pengguna jalan raya.
"Inilah cerita-cerita yang membuatkan rakyat tidak senang hati, bahkan marah. "Sebenarnya masalah ini boleh dielakkan jika sekiranya pihak yang bertanggungjawab berhati-hati dalam memastikan apa yang telah dibaiki itu sudah teguh dan tidak akan berlaku lagi sebarang keretakan atau kerosakan dalam masa yang singkat," kata Imam Hadhari pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini.

Malangya Imam Hadhari tidak sedar bahawa rakyat bukan sahaja marah kerana keretakan MRR2 berulang semula, malah mereka marah kerana sehingga ke hari ini kerajaan gagal mengemukakan laporan siasatan secara terperinci kepada rakyat. Laporan kerosakan zaman Tok Samy dulu terperap di 'makan' anai-anai tidak tahu tempatnya.

Kini Pak Lah mahu siasatan dijalankan sekali lagi. Lepas siasat perapkan laporan itu demi untuk menyelamatkan individu tertentu agaknya.

Kos pembaikian kali pertama dulu menelan belanja RM70 juta. Siasat punya siasat tiada siapa yang bersalah sebab itu tiada yang dihadapkan ke mahkamah. Agaknya jejambat 'menumbuk' dirinya sendiri macam kes Anwar Ibrahim yang didakwa Tun Mahathir menumbuk dirinya sendiri.
Rakyat Malaysia sudah muak dan jelak dengan sikap lepas tangan Perdana Menteri dan menteri-menteri kabinet kerajaan Islam Hadhari. Rakyat mengharapkan kali ini laporan siasatan itu didedahkan kepada umum dan jika terdapat salah laku dan penyelewengan sila dakwa penyangak dan pentualang itu ke muka pengadilan walaupun mungkin ada antara mereka sudah menjadi 'Tok Sami' atau sudah pencen.

Pada bulan Ogos 2004, laluan berkenaan ditutup buat pertama kali berikutan masalah keretakan rasuk tiangnya. Pada Februari 2006, ia sekali lagi ditutup akibat masalah yang sama yang memerlukan struktur itu dibaik pulih dengan kos RM70 juta.

Comments