KABINET BARU DAP : SELAMAT BERJUANG BERSAMA-SAMA PAKATAN RAKYAT ~ Ref Malaysiakini

Kabinet baru DAP diumumkan semalam menyaksikan seorang Naib Pengerusi baru dilantik iaitu Tumku Abdul Aziz. Perlantikan tersebut sejajar dengan hasrat DAP untuk menarik lebih ramai golongan Melayu menganggotai parti tersebut.

Saya menyambut baik hasrat DAP untuk membuka seluas-luasnya keahlian kepada Melayu agar nanti parti itu tidak lagi di'cap' sebagai parti anti Melayu.

Adalah diharapkan 'kabinet' baru yang diumumkan ini akan meneruskan polisi DAP sebelum ini yang komited untuk meneruskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR) yang nyatakan sesuai dengan aspirasi rakyat yang mahukan perubahan seperti yang ditunjukkan oleh rakyat pada Pilihanraya Umum ke 12 pada 8 Mac lalu.

Saya mengucapkan tahniah kepada kepimpinan yang dilantik dan mengharapkan kerjasama DAP-PKR-PAS lebih erat lagi bagi merealisasikan hasrat dan cita-cita kita untuk merampas Putra Jaya.

Nota : Sila Klik pada imej untuk mendapatkan imej yang lebih besar

Comments