IMAM HADHARI TAKKAN DENGAR NASIHAT MUFTI - Ref Malaysiakini

Mufti disisi Imam Hadhari seolah-olah tidak ada bezanya dengan seorang artis. Sebab itulah fatwa mufti, teguran mufti dan nasihat mufti tidak langsung dihiraukan oleh beliau.

Sudah banyak kali mufti menegur perbuatan Imam Hadhari menyempurnakan istiadat meletak kalungan bunga di Tugu Negara namun ianya tidak sedikitpun memberi kesan kepada Imam Hadhari. Tahun ini Imam Hadhari sekali menyempuran kalungan bunga ditugu berkenaan sempena Hari Pahlawan 2008 agar bertaubat kepada Allah.

Tidak terdetikkah di hati Imam Hadhari bahawa perbuatannya bercanggah dengan Islam. Atau mungkinkah ajaran Islam Hadhari yang dianuti oleh beliau memberikan pahala dan ganjaran besar kepada sesiapa yang menghormati patung atau tugu seumpama itu.

Sejak Imam Hadhari menjadi Perdana Menteri saban tahun beliau 'mencemar' duli mengalungkan bunga di Tugu Negara. Namun tidak ada satu teguran pun dibuat oleh penasihat Agama Perdana Menteri Mid Man atau Menteri beliau, Zahid Hamidi atau Ustazah bermekap Mashitah Ibrahim. Mengapa mereka ini senyap tidak berkata sepatah pun.

Tahun ini Imam Hadhari 'buat perangai' lagi mengalungkan bunga ke Tugu Negara beberapa hari lalu. Kali ini ada seorang Mufti yang berani bersuara memberikan nasihat kepada Imam Hadhari. Mufti tersebut tidak lain tidak Dr Mohd Asri Zainal Abidin, anak kelahiran negeri Imam Hadhari sendiri yang sekarang menjadi Mufti Negeri Shahidan Kassim.

Asri di dalam blognya jelas menyatakan bahawa perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.

Seterusnya beliau menambah lagi bahawa perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati. Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh.

Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin."Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas.

Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan.

"Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar."Khamis lepas, selepas perdana menteri, acara peletakan kalungan bunga disusuli panglima angkatan tentera Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Zainal dan ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.

Dr Mohd Asri turut menyifatkan acara memperingati pahlawan di Tugu Negara sebagai tindakan untuk "mengalihkan pandangan" awam terhadap isu kebajikan keluarga-keluarga bekas tentera."Ia mengalihkan pandangan terhadap isu sebenar. Adakah dengan memberi penghormatan di Tugu Negara dapat membantu kaum keluarga pejuang kita?

Adakah elaun, gaji, pertolongan terhadap ahli keluarga bekas pejuang terbela?" katanya hari ini.

Beliau menjelaskan, perbuatan memberi hormat kepada Tugu Negara adalah haram mengikut fatwa kebangsaan dan fatwa Perlis."Sebab itu sewaktu Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis menjadi Yang di-Pertuan Agong dulu, baginda tidak pernah berbuat demikian," katanya.Diminta mengulas tentang jenis-jenis patung yang dibenarkan dalam Islam, beliau berkata, pada asalnya semua patung tidak dibenarkan tetapi terdapat perbezaan pendapat di kalangan ulama Islam.

Namun, katanya, unsur membesar-besarkan patung tetap tidak dibenarkan.Patung jika digunakan untuk tujuan perubatan, penyelidikan dan pendidikan adalah dibenarkan, katanya.

Ditanya tentang penggunaan patung untuk tujuan kesenian, beliau berkata, Islam tidak menghalang kesenian, tetapi mestilah ada batasnya. Patung tidak boleh membesarkan objek asalnya atau imej yang dipatungkan, tambah Mohd Asri.

Kita yakin teguran Mohd Asri ini tidak akan memberi bekas kepada Imam Hadhari kerana sebelum ini sudah ramai yang menasihat dan menegur beliau namun beliau tetap mengulangi perbuatannya itu.

Namun saya mengharapkan Imam Hadhari segera insaf dan kembali ke pangkal jalan. Janganlah memberikan contoh dan tauladan tidak baik kepada rakyat.

Comments

Ang Nua Lee Wat said…
Waa lagi ale sluke lengar lasehat yitu BOSS lalam PAKAIAN LAKYAT yitu DAP wooo...Manyak mest woo..