RASUAH SEMAKIN MEMBARAH DALAM UMNO, HAMID ALBAR PENING KEPALA ~ Ref Malaysiakini

Menteri 'Zalim' Dalam Negeri, Hamid Albar semalam merungut sendirian kerana kemungkinan besar akan kecundang pada pemilihan Umno Bahagian Kota Tinggi. Mungkin kerana terlalu sibuk untuk 'menentang' Anwar dalam kes liwat maka beliau tidak mempunyai masa untuk sama-sama 'bermain' politik wang di Kota Tinggi.

Semalam Hamid Albar berkata, “Secara peribadi, saya berasa takut menyaksikan dan mendengar mengenai pemilihan di peringkat cawangan kerana semua yang bertanding berhabis-habisan seperti esok nak kiamat...ini tidak harus berlaku, Umno akan rosak, rakyat akan menyampah melihat gelagat seperti ini,”.

Takkan Hamid Albar baru sedar sekarang sedangkan politik atau rasuah politik sudah lama menjadi darah daging Umno.

Beliau juga menyifatkan pemilihan cawangan Umno paling buruk pernah dialami sepanjang menjadi ahli parti.

Hamid yang juga Ketua Umno bahagian Kota Tinggi mengaku bahawa berdasarkan pandangan peribadinya, secara keseluruhan politik wang sudah menjadi barah serta semakin merebak bukan hanya di peringkat tertinggi tetapi juga akar umbi.

“Pertandingan kali ini, mempunyai kemaruk yang buruk...semua pihak bertanding bersungguh-sungguh seperti hendak berperang,” katanya, semalam yang saya petik dari sebuah akhbar harian hari ini.
Saya juga agak sangsi dan curiga sekarang kerana rata-rata pemilihan Umno dicemari dengan budaya rasuah, tetapi pemimpin atasan mereka seperti Imam Hadhari seolah-olah menutup mata sahaja. Tidak ada tindakan tegas diambil. Persoalan yang bermain di kepala saya ialah APAKAH UMNO SUDAH SEMAKIN SESAT SEHINGGA MENGHALALKAN RASUAH YANG DIHARAMKAN OELH ISLAM.
ATAU MUNGKIN JUGA RASUAH HALAL DI SISI ISLAM HADHARI.
Nampaknya semakin hebat Imam Hadhari bercakap untuk membenteras rasuah maka semakin hebat calon-calon menggunakan wang untuk merasuah ahli-ahli parti supaya mengundi mereka pada pemilihan kali ini.

Maka sekali lagi saya menyeru ahli Umno supaya insaf bahawa Umno bukan lagi parti yang boleh disandarkan untuk membela agama dan bangsa. Ini kerana rata-rata pemimpin Umno yang menang adalah pemimpin yang terlibat dengan dosa rasuah. Bagaimana kaki rasuah ini boleh membela agama dan bangsa sedangkan diri mereka sendiri hanya mementingkan kuasa dan pangkat. Mereka sanggup menggadaikan agama dan etika semata-mata untuk menang.

Oleh itu wahai ahli-ahli Umno mari sama-sama kita berjuang di dalam PAS dan Pakatan Rakyat untuk kita membina sebuah negara yang berkebajikan, adil dan telus, demi untuk masa depan agama, bangsa dan negara.

Comments