FILEM HINDUSTAN BERMULA : PEMBANGKANG GANAS, PENIPU, MAKI HAMUN BERMULA ~ Ref Malaysiakini

Sebaik sahaja Wan Azizah Ismail mengumumkan keputusannya untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh, media mengampu BN melipatgandakan kerja-kerja memfitnah pembangkang. Taktik tradisional ini memang menjadi senjata yang mereka anggap ampuh untuk menewaskan pembangkang pada mana-mana pilihanraya.

Media BN dan BN itu sendiri sebenarnya tidak belajar dari kesilapan mereka sebelum ini khasnya pada pilihanraya umum ke 12 lalu. BN terus menerus menggunakan taktik kuno ini sedangkan rakyat dan pengundi khasnya sudah bijak untuk menilai segala gerakerja media ini. BN tidak sedar bahawa rakyat sudah tidak mempercayai lagi berita-berita yang disebarkan media pengampu ini. Rakyat sekarang ini lebih suka membaca media-media alternatif di internet seperti blog, web dan sebagainya.

Hari ini umpamanya Utusan Meloya menyiarkan berita 'headline', bahawa penamaan calon pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh hari ini dicemari insiden ganas dan kempen agresif para penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Di Lebuh Raya Kulim-Butterworth berdekatan pusat penamaan calon Institut Perguruan Tuanku Bainun (IPTB) di sini, dua jurugambar termasuk seorang dari agensi berita asing dibelasah oleh sekumpulan penyokong parti itu ketika kedua-duanya sedang membuat liputan.
Dalam insiden kira-kira pukul 1.30 petang itu, jurugambar akhbar New Straits Times, Mohamed Sairen Mohamed Nahfis, 26, dan Halim Berbar, 28, dari HBL Press News, Perancis, bukan sahaja teruk dipukul malah mangsa kehilangan kameranya yang dilarikan kumpulan terbabit.
Kejadian itu berlaku sejurus selepas berakhir proses penamaan calon yang mana para penyokong PKR bertindak mengepung dan menyerang sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki oleh penyokong BN.

Mohamed Sairen yang menyaksikan kejadian itu cuba merakamkan insiden tersebut dari atas kenderaan berkenaan kemudiannya turut diserang.

Terdahulu, tindakan provokatif dapat dilihat apabila penyokong PKR membanjiri perkarangan pusat penamaan calon dengan mereka menghamburkan kata-kata kesat seperti ‘anjing, barua dan anak haram’ ke atas para penyokong dan pemimpin Barisan Nasional (BN) yang mengiringi Datuk Arif Shah Omar Shah.

Antara yang turut dilemparkan kata-kata nista itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Tindakan agresif penyokong PKR itu bertentangan dengan jaminan Setiausaha PKR Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim pada 3 Ogos lalu yang meminta pengikut parti itu menjaga perlakuan mereka termasuk memberi layanan yang baik kepada semua petugas media sepanjang kempen pilihan raya tersebut.

Perilaku tidak bertanggungjawab penyokong PKR tidak berhenti setakat itu sahaja apabila pagi ini sekumpulan lelaki yang memakai baju-T berlogo parti tersebut tanpa segan silu meraba sekumpulan ahli Puteri UMNO malah bertindak liar meludah mereka.

Kejadian kira-kira pukul 10 pagi ketika anggota Puteri itu sedang menuju ke pusat penamaan calon hampir mencetuskan pergaduhan di antara penyokong kedua-dua parti tetapi keadaan tegang itu dapat dikawal oleh pasukan polis yang bertugas.

Najib yang mengulas insiden ganas penyokong PKR itu menyatakan rasa kesal sambil menyifatkan mereka tidak menghormati undang-undang sedia ada.

Nada sama turut disuarakan oleh Shahrizat yang menganggap pengalaman beliau melewati laluan menuju ke pusat penamaan calon hari ini sebagai bukan sahaja menakutkan malah memalukan.

‘‘Mereka mencarut, maki hamun dan buat isyarat lucah terhadap kaum wanita dan ibu.

‘‘Malu saya apabila ada ibu dan bapa yang bawa anak kecil juga melihat perlakuan itu,” katanya.
Sementara itu, Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad berkata, kejadian penyokong PKR meraba ahlinya tidak sepatutnya berlaku terutama membabitkan penyokong Melayu beragama Islam.

‘‘Ini belum apa-apa lagi dah tunjukkan kekasaran. Budaya samseng di kalangan pemuda pembangkang sudah ada, pada hal ini baru hari penamaan calon.

‘‘Kumpulan lelaki yang meraba dan meludah jentera Puteri UMNO itu kena hormat dan melindungi golongan wanita, bukannya melakukan perkara tidak senonoh,” katanya.

Comments

dariana said…
tektik lama yg sudah sedia maklum oleh pihak Be End itu lama kelamaan menjadi basi.
lagi2 buat kecoh mulakan provokasi.
akibatnya rakyat menatap media mengabui mata, sudahnya mengata dulang paku serpih- mengata orang padahal dia yg lebih2.
Pas Bakri said…
Ala kisah petugas keselamatan UMNO meraba puteri UMNO di Bakri, Johor PRU yg lepas tak pulak Dato' Noraini nak ulas....
Mmg dasar UMNO.... tutup klu melibat ahli sendiri, tapi klu luar dr UMNO peehh.. lebih kuah dari sudu....