BUKAN CARA KEMPEN KETINGGALAN ZAMAN, TETAPI UMNO SEBENARNYA SUDAH TIDAK RELEVAN ~ Ref Malaysiakini

Pemimpin mula perasan bahawa cara Umno/BN berkempen ketika pilihanraya sudah ketinggalan zaman sehingga menyebabkan parti itu ditolak oleh rakyat. Namun mereka sebenarnya tersilap percaturan. Bukannya cara kempen yang ketinggalan zaman TETAPI Umno/BN itu sendiri sebenarnya sudah TIDAK RELEVAN patut DIKUBURKAN segera.

Umno/BN yang sudah terlalu lama memerintah syok sendiri sehingga menyangka parti itu masih diterima rakyat. Oleh kerana syok sendiri Umno/BN terus melakukan dasar-dasar yang menekan dan menzalimi rakyat sehingga mereka sendiri tidak sedar bahawa rakyat sudah muak dan meluat kepada Umno/BN.

Bayangkan disaat rakyat terhimpit dengan masalah kemalapan ekonomi, kerajaan Umno/BN sanggup melihat rakyat semakin menderita dengan menaikkan harga minyak dan membiarkan harga barangan melambung tinggi menyebabkan rakyat semakin hari semakin tersiksa. Oleh kerana syok sendiri dan mabuk kuasa pemimpin Umno/BN terus syok sendiri dengan menyangka bahawa rakyat terus setia dan taat kepada mereka membuta tuli.

Akhirnya rakyat menghukum kebongkakan dan keangkuhan pemimpin Umno/BN pada pilihanraya kecil Permatang Pauh dan PRU ke 12 lalu.

Comments

Khairul said…
Ya,,,,betul.....memang depa tak relevan.