HARI-HARI MENDATANG YANG MENDEBARKAN ~ Ref Malaysiakini

Hari-hari mendatang ini amat mendebarkan. Apa tidaknya ramai pemerhati politik berpendapat Anwar akan ditangkap bila-bila masa dari sekarang untuk membolehkan beliau dihadapkan ke mahkamah kerana tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Ada yang meramalkan Anwar akan ditangkap hari ini dan seterusnya beliau akan dituduh di mahkamah dan tidak akan dibenarkan oleh ikat jamin oleh hakim. Ada juga yang meramalkan Anwar akan ditangkap sehari sebelum penamaan calon. Jika ini benar maka 'hari Anwar akan ditangkap' akan diumumkan Rabu ini kerana pada hari itu, Pengerusi SPR RaSHIT akan memberitahu kita tarikh penamaan calon dan pengundian bagi Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Para spekulator meramalkan Anwar sengaja akan ditangkap sehari sebelum penamaan calon bagi menghalangnya bertanding, atau jika beliau bertanding juga maka penangkapan ini akan menjejaskan peluang beliau untuk menang. Ini kerana BN akan memainkan isu bahawa jika Anwar menang, Anwar tidak boleh berbuat apa-apa kerana beliau berada di dalam penjara. Malah kalau beliau menang pun, kemungkinan besar beliau didapati bersalah dan akan dijatuhkan hukuman yang berat menyebabkan kedudukan beliau sebagai Ahli Parlimen terlucut secara automatik.

31 Julai lalu, PKR meramalkan penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditahan dalam "tempoh 48 jam" berhubung kes dakwaan meliwat bagi menghalangnya bertanding dalam pilihanraya kecil di Permatang Pauh.

Ketua penerangannya Tian Chua berkata PKR tidak menolak kemungkinan Anwar ditahan dalam tempoh terdekat.

"Kelihatannya mereka merancang mendakwanya (di mahkamah) pada Isnin depan," katanya kepada agensi berita AFP.

"Mereka mungkin menangkapnya dalam tempoh 48 jam akan datang. Ia bertujuan menyekatnya bertanding dalam satu pilihanraya kecil."

Namun walau apa pun ramalan pemerhati, Anwar kelihatan tetap bersemangat untuk meneruskan hasratnya bertanding di Permatan Pauh. Beliau telahpun memukul gendang 'perang' di Permatang Pauh dengan melancarkan gerakerja pilihanraya beliau. Seolah-olah tidak ada sesiapa yang dapat menghalang beliau meneruskan hasratnya untuk memasuki parlimen.

Walaubagaimana pun pada sidang media bersama isterinya 31 Julai lalu di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, Anwar tidak mahu memberikan respons terhadap desas-desus bahawa beliau akan ditahan.

"Saya tidak boleh respons pada cakap-cakap. Dari dulu, sebelum pilihanraya telah ada cakap-cakap bahawa saya akan ditangkap. Ingat, (dulu) saya ada masalah dengan pasport, itu lama sebelum pilihanraya (umum). Saya tidak boleh respons pada cakap-cakap," katanya.

Beliau bagaimanapun menjelaskan pergerakannya sedang "dipantau dengan teliti" oleh polis."Sekarang saya dipantau dengan teliti. Rombongan saya ke Pahang, sekurang-kurangnya, enam kereta polis, kereta (anggota) Cawangan Khas mengekori. Mereka menghabiskan duit untuk semua ini. Mereka sepatutnya memantau kadar jenayah sekarang," katanya.

Dr Wan Azizah, presiden PKR, meletakkan jawatan sebagai membuka laluan kepada suaminya, yang juga penasihat parti.

Permatang Pauh merupakan kerusi tradisi Anwar selama 17 tahun sejak memenanginya pada 1982 atas tiket BN. Dr Wan Azizah menguasainya selama tiga penggal sewaktu Anwar dipenjarakan pada pilihanraya umum 1999 dan 2004 dan dilarang bertanding dalam pilihanraya umum Mac lalu.

Pada Pilihanraya 8 Mac lepas, Azizah memperoleh 30,338 undi bagi menewaskan calon BN, Imam Pencen Pirdaus Ismail dengan majoriti 13,388.

Comments