APA MOTIF MEDIA SENSASIKAN BERITA SAIFUL IKUT ANWAR KE LUAR NEGERI? ~ Ref Malaysiakini

Malam tadi TV3 Suku begitu galak mensensasikan berita bahawa Saiful Bukhari Azlan mengikut Anwar ke luar negeri sebanyak 3 kali antaranya ke Hong Kong dan Bangkok. Apa motif berita ini disensasikan? Sudah tentu ada udang di sebalik 'mee'.

Saya rasa para pengunjung sekalian pun dapat meneka apa tujuan berita ini diperbesar-besarkan. Selepas ini mungkin ada episod atau tuduhan bahawa Saiful diliwat di luar negeri pula? Kita pun hairan mengapa begitu bersungguh-sungguh Saiful ingin memalukan diri sendiri, sedangkan sebagai manusoa normal sudah seseorang itu malu untuk mendedahkan perbuatan jijik ini. Tetapi tidak bagi anak muda ini. Yang hairannya 9 kali beliau dikatakan diliwat tetapi masih datang bekerja dan selambanya meneruskan perkhidmatannya sebagai pembantu Anwar.

Saya mengjangkan minggu depan, episod baru akan berlaku. Babak yang lebih tragis dan mendebarkan mungkin akan dapat 'ditonton oleh rakyat Malaysia.

Bagi menghalang kemaraan Anwar untuk terus aktif berpolitik dengan bertanding di Permatang Pauh maka beliau kemungkinan besar akan ditangkap dan disumbat ke dalam penjara. Ini berdasarkan kepada kenyataan Menteri 'Zalim' Dalam Negeri, Hamid Albar yang menyatakan bahawa siasatan telah siap dan telahpun diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk tindakan seterusnya. Maka jangan terkejut jika Anwar ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah minggu depan dan Hakim akan membuat keputusan untuk tidak membenarkan Anwar diikat jamin atas kesalahan beliau mungkin menganggu mangsa.

Jadi kita mengharapkan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat supaya bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi situasi genting ini. Di harapkan semua orang berada dalam keadaan tenang dan sabar serta sentiasa mematuhi arahan pucuk pimpinan parti masing-masing.

Sudah nampak jelas bahawa ada usaha-usaha untuk menghalang Anwar dari bertanding dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Ini kerana BN awal-awal lagi menyatakan sukar bagi BN untuk menang di Permatang Pauh malah ketika BN berada di puncak kekuasaannya pun Dr Wan Aziziah tetap menang di kerusi tersebut iaitu pada Pilihanraya Umum 2004.

Suruhanjaya Pilihanraya (Parti Komponen BN termuda) akan bermesyuarat pada hari Rabu 6 Ogos ini untuk menentukan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian.

Comments