ANWAR TERUSKAN 'PSYWAR' KEPADA BN ~ Ref Malaysiakini

Walaupun ramai meragui keupayaan Anwar untuk menunaikan janji membentuk kerajaan Pusat Pakatan Rakyat pada 16 September ini, tetapi ramai pemerhati politik merasakan Anwar masih diatas landasan yang betul untuk berbuat demikian.

Signal terbaru ialah keengganan beberapa orang Ahli Parlimen BN Sabah dan Sarawak yang tidak mahu menandatangani Aku Janji setia kepada BN.

Hari ini Anwar melemparkan satu lagi serangan psycology (psywar) kepada orang-orang Sabah dan Sarawak apabila berjanji untuk mengisytiharkan 16 September iaitu tarikh pembentukan Malaysia sebagai hari cuti umum sebagaimana 31 Ogos. Pengumuman Anwar ini dilihat kena pada masanya ketika Kerajaan BN sejak sekian lama tidak bercadangkan menjadikan 16 September sebagai cuti umum. Ramai pemerhati percaya Anwar berjaya mendapat simpati dari rakyat dan pimpinan politik Sabah dengan pengumuman beliau ini.

Dengan dua senario terbaru ini saya yakin pimpinan BN semakin pucat gigi dan pucat lesi dengan tindakan Anwar ini. Tidak syak lagi pimpinan BN semakin hari semakin runsing walaupun tarikh 16 September semakin hampir.

Setiap hari ada sahaja 'serangan' yang dilakukan oleh Anwar melalui kenyataan-kenyataan akhbar Anwar yang cukup untuk membuatkan pimpinan BN tidak senang duduk bagaikan cacing kepanasan.

Setiap detik sudah tentu pergerakan Anwar dipantau oleh orang tertentu untuk memastikan segala perancangan dan strategi Anwar dipintas dan dipatahkan. Namun Anwar bukanlah ahli politik yang 'amatur' yang boleh diperkotak-katikkan oleh musuh. Anwar boleh disifatkan sebagai ahli politik professional yang licik, berpengalaman, tahan uji dan bersemangat.

Comments

Mr. Smith said…
Saudra,
Kalau tak silap, cadangan cuti Sept 16 di buat oleh YB Lim Kit Siang di di Permatang Pauh semala, dan bukan oleh saudara Anwar.

http://blog.limkitsiang.com/2008/09/01/merdeka-ii-declare-malaysia-day-september-16-as-second-national-daypublic-holiday/#more-1432
mek chabang4 said…
at these century no more psycowar just waste of time,what we wants a real war.
Nostradamus said…
The Courage to Build a New Malaysia.
(Keberanian Membina sebuah Malaysia Baru.)
---------------------------------

Kini ialah tahun 2008. Tahun inilah rakyat Malaysia terbangkit daripada tidur yang nyenyak. Kebanyakan rakyat terlalu sibuk mencari nafkah dan membina hidup mereka untuk memperhatikan zaman telah berubah dan idealisma yang didukung oleh Bapa-bapa pengasas negara masih belum tercapai untuk negara sahingga hari ini.

Tidaklah lama dahulu pada tahun 1957 dan untuk seteman kita di Malaysia Timur pada tahun 1963, idealisma dan impian yang diucapkan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Bapa Kemerdekaaan dan Bapa Malaysia) untuk Malaysia diumumkan dan disambut dengan penuh kegembiraan didalam hati sanubari rakyatnya. Allahyarham Tunku Abdul Rahman mempunyai impian dan idealisma sama seperti Martin Luther King, Gandhi, Nelson Mandela dan ramai lagi termasuk nabi-nabi sepanjang sejarah manusia.

Kerapkali impian-impian tersebut dirampas dan diselewengkan dibawah kepura-puraan nasionalisma, perkauman dan idealisma keugamaan oleh ahli-ahli politik dan orang-perseorangan yang memilih dan melantik sendiri sebagai jaguh kebenaran dan beriman (Little Napoleon). Individu yang membangkit meneruskan idealisma tersebut tidak dibenarkan bersuara, diasingkan, dibankrapkan, dicercakan, dipulihkan dan lebih teruknya dipenjarakan cuma kerana tidak mengikut aliran impian dan idealisma agenda-agenda parti terpilih.

bersambung di http://patek1472.wordpress.com
Unknown said…
more and more people want 16/9 to become a reality. that's my observation.