ANWAR MENANG, KUASA RAKYAT MENGUBURKAN BN ~ Ref Malaysiakini

Masa depan politik BN sudah sampai ke penghujung hayatnya jika mereka tidak berubah dan bertaubat. Kemenangan Anwar semalam membuktikan bahawa rakyat sedang menguburkan BN dari tanahair kita.

Anwar Ibrahim menang dengan majoriti besar dengan majoriti 15, 671 undi jauh lebih besar dari majoriti yang diperolehi oleh Dato' Seri Wan Azizah pada Pilihanraya Umum 2008 8 Mac lalu.

Anwar yang memperoleh 31,195 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah, 52, yang meraih 15,524 undi. Kemenangan beliau ini boleh disifatkan sebagai pukulan TKO kepada BN yang mendabik dada dan bercakap besar sebelum ini.

Seorang lagi calon, Hanafi Mamat, 61, dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) hanya mendapat 92 undi. Hanafi hilang wang pertaruhan.

Kemenangan ini jelas membuktikan rakyat Permatang Pauh khasnya dan rakyat Malaysia umumnya sudah matang dan cerdik untuk membuat keputusan walaupun dihidangkan dengan projek segera, fitnah, penipuan, ugutan dan sebagainya.

Walaupun dibantu oleh seluruh jentera kerajaan dan lain-lainnya jelas berpihak dan tidak bertindak secara professional, BN tetap dihukum oleh rakyat.

Tindakan membuat fitnah, cercaan, tohmah kepada Anwar yang dilakukan oleh pemimpin BN dan jentera kempennya telah membuatkan rakyat muak, insaf dan sedar siapa sedarnya pemimpin Umno/BN serta rakyat juga celik apa sebenarnya perjuangan BN.

Saya mengharapkan pemimpin Umno/BN insaf dan segera membuat perubahan kepada corak pentadbiran negara yang jelas tidak demokratik dan realistik.

Pemimpin-pemimpin BN menggunakan harta kerajaan bagaikan harta pusaka mereka dan ini menyebabkan rakyat meluat dengan mereka.

Media juga diharapkan selepas akan bertindak lebih rasional dan professional dalam melaporkan sesuatu perkara. Buatlah laporan dengan adil dan tepat, jika tidak nanti media-media pengampu ini akan terus ditertawakan oleh rakyat.

SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA ANWAR IBRAHIM DAN SELURUH RAKYAT MALAYSIA KHASNYA PERMATANG PAUH.

JUGA JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA JENTERA PAKATAN RAKYAT YANG BEKERJA SECARA BERPASUKAN TANPA MENGIRA PENAT LELAH, UGUTAN DAN PROVOKASI PIHAK LAWAN YANG TIDAK BERTAMADUN.

Comments

dariana said…
Tahniah DSAI. YB baru P44 Permatang Pauh merangkap Ketua Pembangkang dari Pakatan Rakyat vs BN/Umno Paklah Najib....
Jalan ke Putrajaya semakin melebar.