MUZAKARAH DENGAN UMNO : AHLI PAS BIMBANG - Ref Malaysiakini

Bernama semalam melaporkan bahawa Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi mengakui bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin peringkat tertinggi PAS untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan dengan keagamaan.
Presiden Umno itu, juga mendedahkan bahawa sebenarnya pertemuan dengan PAS telah diadakan sebanyak tiga kali. Bagaimanapun, kata beliau, pertemuan dengan pemimpin peringkat tinggi itu tidak disertai Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, demikian menurut laporan Bernama.
Tuan Guru Presiden di dalam Tranungkite menyatakan bahawa (saya tidak pastikan samada kenyataan ini benar-benar dari tulisan Tuan Guru atau bukan) :-
PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB Perdana Menterti yang juga selaku Presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.
Perjumpaan pertama dengan YAB Perdana Menteri berlaku sejurus selepas PRU ke 12 yang lalu yang melibatkan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa Timbalan Presiden PAS, Dato' Mustapha Ali, Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat dan YB Hj Abd Khalid Samad ahli parlimen Shah Alam. Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.

Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.

Sehubungan dengan ketetapan itu pertemuan telah diadakan lagi di bangunan Parlimen yang melibatkan Timbalan Presiden PAS dan YAB Perdana Menteri, yang telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulamak.

PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa melayu di Malaysia
Saya sebagai salah seorang anggota parti tidak terlepas dari rasa sangsi dan takut dengan pertemuan ini.
Ini kerana beberapa impak yang saya kira mungkin kita hadapi antaranya :-
i) PAS sekali lagi tertipu dengan kelicikan Umno berpolitik sehingga sanggup menerima pelawaan Umno bermuzakarah sedangkan Umno tenat sekarang.
ii) Ramai ahli yang terpinga-pinga dan tidak faham dengan tindakan pemimpin PAS yang sanggup bermuzakarah dengan Umno yang penuh dengan najis kezaliman.
iii) Majoriti penyokong PAS dari Bukan Melayu mula sangsi dengan kesetiaan PAS terhadapa Pakatan Rakyat kerana mereka sedar bahawa PKR dan DAP tidak bersetuju dengan pertemuan tersebut.
iv) Ramai ahli dan penyokong PAs mula gusar dengan tindak tanduk pemimpin yang tidak tegas dalam hala tuju politik sedangkan sebenar banyak kerja lain yang perlu disegera dan ditangani seperti mengukuhkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat, menarik seramai mungkin ahli baru dan sebagainya.
v) Pemimpin PAS tidak belajar dari pengalaman lalu di mana PAS ditendang bagai kucing kurapo dari BN.
Kita ingin tegaskan bahawa seperti Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa nyatakan bahawa PAS sebagai sebuah jemaah Islam bergerak secara jama'iy di mana tidak seseorang pun pemimpin walau setinggi mana jawatannya boleh membuat keputusan sendiri tanpa dibawa berbincang di dalam jemaah. PAS mempunyai Lajnah Politik, Jawatankuasa Kerja Pusat dan Majlis Syura yang berperanan untuk membuat keputusan tentang hala tuju perjuangan. Jangan belakangkan jemaah.
Namun jika ini keputusan pihak tertinggi parti maka kita kena akur tetapi kita mungkin akan menghadapi satu situasi di mana kita akan kehilangan sokongan kerana bermain politik. Sekali kita punahkan kepercayaan rakyat (terutama bukan Melayu), 50 tahun lagi belum tentu kita dapat balik sokongan mereka.
Yang menang dan berjaya mungkin Umno ..........

Comments

Fernando Alonso said…
There is a BIG VERY BIG difference if Pakatan and DSAI comes to power vs the current BeeEnd power structure and you should highlight it in your blog.

If DSAI ever comes to power, people should not worry, because DAP and PAS comes to power also as EQUAL partners. Lim Kit Siang and Tok Guru will not just let DSAI do as he wants.

This will truly be a check and balance govt. Likewise , PAS cant do as they want without angering DAP and also DAP cant do as they want without angering PAS. Because if any of the 3 walks out of Pakatan, Pakatan Rakyat will fall as the Govt. So , all 3 parties work together!

That is the difference vs DSAI 10 years ago when he was in BeeEnd.

In BeeEnd, everybody knows Badawi and Najis can do as they want. UMNO rules BeeEnd as Superme King. All the rest, MCA, MIC, Gerakan etc etc etc are just running dogs! That is why you have corruption galore!


That is the real difference between a Pakatan Rakyat Federal Govt and the current corrupt govt we have.
CHee XtheMan said…
A few question to PAS leaders to address if PAS join BN/Umno:

1. How will PAS and Umno merge, under BN or a new party "PasNO" ?
2. Umno has been "Tai Ko" for 50 years. Are they really sincere to let PAS to lead ?
3. What would happen to other components of BN ?
4. What will happen in Sabah and Sarawak ?
5. Can "PasNo" to win 2/3 ? to form a strong federal gov to ensure the stability of the nation ?
6. Will there be any sharing power in the new gov form under "PasNO".
7. How does PasNo to convince non-malay for its policies ?

to continue for more later. Got to go for now
slyderrose said…
Segelintir pemimpin PAS yg telah bermuzakarah dengan umno kununnya nak bergabung. Baik lupakan saja niat ini. Perbincangan perpaduan melayu dan islam hanya telus dan jujur apabila Anwar dan Tok Guru Nik Abd Aziz terlibat sama. kalau setakat ustaz nasharuddin md isa dan mustafa ali, lupakan sajalah. Nanti kena tipu dek umno lagi. Akhirnya PAS akan hancur dan sudah tentu PR sekali. Yg untung umno dan para lanun-lanun di dalamnya.
Nizam Gtz said…
Kenapa lar dibebankan kepala dengan persoalan yang berkemungkinan? Apakah susah sangat hendak bersatu padu di atas perjuangan Agama, Bangsa dan Tanah Air??

Sejarah... apakah yg ditakuti berulang? Siapa yang bersungguh2 mahu berpecah setelah bersatu pada 1974??

Siapa pula yang keluar daripada Biro Agama dalam Pekembar setelah kalah dalam pilihanraya pemilihan??

Teruskanlah berprasangka jika mahukan perpecahan!!