PANGGIL BPR PANTAU TAPI DAKWA BELUM TENTU - Ref Malaysiakini

Umno cuba berlaon lagi. Kali ini kononnya Umno akan meminta Badan Pencegah Rasuha (BPR) memantau pemilihan Umno, tetapi saya yakin itu hanyalah gimik kerana pengalaman lalu membuktikan bahawa Umno akan melindungi pemimpin mereka walaupun terbukti individu tersebut mengamalkan rasuah politik.
Isa Samad yang terbukti bersalah mengamalkan rasuah untuk memenangi jawatan Naib Presiden pada pemilihan lalu hanya dihukum gantung keahlian tetapi tidak dihadapkan ke mahkamah. Kini Umno ingin berlakon lagi.
Tidak perlulah Umno hendak menunjukkan ketelusan dan kebencian kepada rasuah sedangkan pemimpin yang sedang berada di kemuncak kuasa sekarang semuanya dipertikaikan integriti masing-masing.
Seorang lagi Naib Presiden Umno, Ali Rustam juga didakwa mempunyai banyak kes rasuah yang dilaporkan kepada jawatankuasa disiplin Umno semasa pemilihan lalu tetapi beliau dikatakan terselamat kerana laporan terhadap beliau dibuat selepas tempoh membuat laporan sudah tamat. Kalau tidak mungkin Umno hanya ada seorang sahaja Naib Presiden sekarang kalau Isa dan Ali digantung.
Begitulah jijiknya Umno masing-masing sanggup menggunakan apa sahaja asalkan menang bertanding pemilihan Umno kerana mereka ini tahu menang pemilihan Umno bermakna pangkat dan projek menanti di depan mata.
Semalam Setiausaha Umno, Tengku Adnan (juga banyak kontroversi)berkata Umno akan bekerjasama dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bagi memastikan tiada elemen rasuah wujud menjelang pemilihan parti pada Disember ini.
Beliau yang juga ahli Parlimen Putrajaya berkata ini berikutan Lembaga Disiplin tidak mempunyai kapasiti untuk menjalankan pemeriksaan dan tindakan disiplin akan diambil selepas mendapat laporan daripada BPR."Lembaga Disiplin tidak mempunyai kapasiti untuk membuat pemeriksaan. Selepas BPR membuat pemeriksaan, kita akan menghantar laporan itu kepada Lembaga Disiplin untuk mengambil tindakan disiplin.
"Itu yang akan kita lakukan kerana Lembaga Disiplin tidak mempunyai mekanisme untuk memeriksa di mana mereka yang terbabit mendapatkan wang," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Umno cawangan Matahari di Presint 8 di Putrajaya semalam.
Geli geleman rasa hati saya membaca kenyataan Ku Nan ini sebab semua orang dah tahu siapa itu Pemimpin Umno dan parti Umno. Sesiapa sahaja pemimpin tertinggi Umno sudah pasti mempunyai kekebalan terhadap apa juga kesalahan. Setelah raja-raja dihapuskan imuniti baginda, kini imuniti tersebut berpindah kepada pemimpin-pemimpin Umno. Sebab itu pemimpin tertinggi Umno tidak pernah disapina oleh mahkamah walaupun sekadar menjadi saksi.

Comments