JANGAN KHIANATI KEPERCAYAAN BUKAN MELAYU - Ref Malaysiakini

Saya amat tertarik dengan kenyataan Husam yang jelas berpandangan jauh, pandai membaca situasi politik semasa dan sesuai untuk masa sekarang.
Husam berkata bahawa, PASlah satu-satunya parti yang paling stabil, kukuh dan mantap buat masa ini. Jika jangkitan kuman Umno meresap dan memecahkan PAS, perkongsian kuasa dengan Umno hanyalah ulangan percantuman sementara era Barisan Nasional dulu yang berakhir PAS ditolak ke tepi selepas Umno mencapai kekuatan mereka semula," katanya.
PAS juga, katanya, hendaklah memastikan kepercayaan dan harapan masyarakat bukan Islam terhadap PAS tidak dikhianati."Islam menekankan kepada kesetian terhadap janji," tegas Husam.
Seperti yang nyatakan dalam posting saya terdahulu bahawa bukan mudah untuk PAS mendapatkan kepercayaan bukan Melayu seperti yang ditakdirkan Allah pada Pilihanraya Umum 8 Mac lalu.
Kita melihat bahawa PAS berjaya meraih undi di luar dugaan di kesemua peti-peti undi majoriti Bukan Melayu di seluruh negara. Lantaran itu secara kesimpulannya bahawa orang Bukan Melayu yakin dan percaya bahawa PAS berupaya menjamin kedaulatan dan kebajikan mereka samada dari segi bangsa, pendidikan, agama dan budaya mereka. Ini merupakan sesuatu yang mustahil dan tidak dapat kita gambarkan sebelum ini. Ini semua mungkin hasil dari gerakerja kita yang kelihatan sangat terbuka dan boleh menerima orang Bukan Melayu sebagai rakan politik.
Saya kira kepercayaan mereka ini kian terhakis jika mereka mula mempersoalkan ketaatan kepada tahaluff siyasi yang kita amalkan dengan PKR dan DAP. Saya menerima feedback yang banyak dari para pengunjung blog ini dari kalangan bukan Melayu bahawa mereka mula sangsi dengan kesetiaan PAS kepada Pakatan Rakyat kerana mereka menganggap bahawa PAS ingin bekerjasama dengan Umno dan menerima formula Umno untuk kepentingan Melayu dan Islam.
Saya inginkan tegaskan di sini atas kapasiti peribadi, saya ,menentang sebarang usaha untuk berbaik-baik dan bermuzakarah dengan Umno. Hentikan sebarang usaha untuk bermuzakarah. Kalau mereka teringin sangat libatkan semua pihak termasuk PKR dan DAP dan luaskan skop perbincangan itu untuk kepentingan semua rakyat bukan untuk orang Melayu sahaja. Sebab sekarang ini bukan Orang Melayu sahaja yang susah tetapi semua rakyat susah dengan keadaan inflasi yang parah akibat kenaikan harga minyak dan juga akibat kekejaman Umno yang melaksanakan dasar kroni, nepotisme, ISA, AUKU dan sebagainya.

Comments

Fernando Alonso said…
There is a BIG VERY BIG difference if Pakatan and DSAI comes to power vs the current BeeEnd power structure and you should highlight it in your blog.

If DSAI ever comes to power, people should not worry, because DAP and PAS comes to power also as EQUAL partners. Lim Kit Siang and Tok Guru will not just let DSAI do as he wants.

This will truly be a check and balance govt. Likewise , PAS cant do as they want without angering DAP and also DAP cant do as they want without angering PAS. Because if any of the 3 walks out of Pakatan, Pakatan Rakyat will fall as the Govt. So , all 3 parties work together!

That is the difference vs DSAI 10 years ago when he was in BeeEnd.

In BeeEnd, everybody knows Badawi and Najis can do as they want. UMNO rules BeeEnd as Superme King. All the rest, MCA, MIC, Gerakan etc etc etc are just running dogs! That is why you have corruption galore!


That is the real difference between a Pakatan Rakyat Federal Govt and the current corrupt govt we have.
Saya sebagai bukan muslim tak kisah sangat kalo perbincangan itu untuk kepentingan umat Islam.

Yang saya tak sedap hati bila kepentingan bangsa mula diperkatakan dengan lebih kerap oleh mereka di PAS.

Kalo PAS mula berpecah belah kerana isu ini, habihlah negara kita ni...

Sejak perarakan Bersih, amatlah saya kagum dengan professionalisma yang ditunjukan oleh ahli Pas, terutama pasukan Amal.

Harap harap, Tok Guru dapatlah kekalkan kestabilan didalam Pas yang ada sekarang...

Shalom....

KaKiaYam