ISU KERETA EXCO T'GANU : PELIK, KERETA SAHAJA DITAHAN, ORANG TIDAK DITAHAN - Ref Malaysiakini

Episod penahanan kereta oleh BPR yang pernah berlaku ke atas kereta seorang pemimpin Umno beberapa tahun lepas berulang lagi apabila hanya kereta Perdana V6 kepunyaaan Exco dan Pegawai Kanan Kerajaan Terengganu sahaja yang ditahan tetapi tuan kereta atau bekas tuan kereta tersebut tidak ditahan.

Sememangnya Malaysia adalah sebuah negara yang pelik dan ajaib dalam bab rasuah dan mahkamah. Yang peliknya setakat ini hanya 'drebar' kereta tersebut yang disoalsiasat tetap 'Boss' mereka rasanya tiada laporan yang mengatakan 'Boss' mereka juga disiasat.

Media internet melaporkan semalam bahawa Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah menahan lapan kereta Proton Perdana V6 Executive exco dan pegawai kanan kerajaan Terengganu bagi membantu siasatan berhubung kos penyenggaraan kenderaan itu yang terlalu tinggi.

Pengarah BPR Terengganu, Sharuddin Sapian ketika dihubungi berkata empat daripada kereta berkenaan ditahan Khamis lepas manakala bakinya ditahan sehari kemudian.

Beliau, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai lapan kereta yang ditahan itu, demikian menurut laporan Bernama.

Nampaknya kerera yang tidak bersalah menjadi mangsa tetapi tuan kereta yang mungkin melakukan kereta bebas ke sana ke mari tanpa rasa takut. Kasihan kereta-kereta tersebut terpaksa masuk 'lock up' BPR.

Saya menggesa BPR supaya benar-benar telus dalam hal ini jangan hanya melepas batuk ditangga dalam hal siasatan ini. Jangan burukkan kepercayaan masyarakat terhadap BPR yang sememangnya sudah sedia buruk. Kita tidak mahu kes ini berlalu begitu sahaja tanpa ada pendakwaan jika terbukti tuan kereta bersalah. Jika terbukti tiada penyelewengan atau salahguna wang dalam kes ini sila bersihkan nama bekas Menteri Besar dan bekas Exco-exco yang terdahulu. Kita tidak mahu ada yang teraniaya.

Beberapa minggu lepas Menteri Besar Terengganu mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Terengganu telah membeli 14 kereta Mercedes E200 Kompressor untuk kegunaan beliau, exco dan pegawai kanan kerajaan bagi menggantikan Perdana V6 yang didakwa kos penyelenggarannya tinggi. Isu ini menyebabkan beliau dikritik hebat oleh kerajaan pusat kerana melanggar pekeliling kerajaan bahawa hanya kereta tempatan yang dibenarkan digunakan oleh kerajaan-kerajaan negeri.

Lantaran satu arahan bingung dikeluarkan oleh Perdana Menteri iaitu kesemua 14 buah kereta Mercedes yang dibeli itu hendaklah digunakan untuk kegunaan tetamu kerajaan negeri. Bukankah ini akan membazirkan duit kerajaan negeri?

Comments