HENTIKAN SEBARANG KENYATAAN AKHBAR - Ref Malaysiakini

Saya merayu seluruh kepimpinan parti-parti Pakatan Rakyat supaya menghentikan sebarang kenyataan akhbar tentang muzakarah PAS-Umno kerana ternyata isu ini sedang dimainkan dengan hebat oleh media BN untuk mendapatkan keuntungan politik bagi Umno dan BN.
Saya yakin kenyataan Tuan Guru Nik Aziz bahawa tidak pernah ujud muzakarah antara PAS-Umno adalah jelas dan terang tidak perlu lagi kenyataan-kenyataan lain. Begitu juga dengan kenyataan kedua-dua mereka bahawa PAS tetap setia kepada Pakatan Rakyat. Kenyataan ini seharusnya menjelaskan kepada semua termasuk DAP, PKR dan Umno bahawa PAS tetap berpegang teguh kepada janji setia kepada Pakatan Rakyat. Jadi Umno tidak perlu lagi bermain silap mata dalam isu ini.
Saya mengharapkan semua pimpinan PAS dan DAP berhenti serta-merta mengeluarkan sebarang kenyataan kerana ianya jelas telah dimanipulasi oleh media untuk kepentingan Umno. Jangan kita terperangkap dengan taktik Umno untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat. Sehari dua ini kita lihat pemimpin PAS dan DAP bercakaran sesama sendiri gara-gara isu muzakarah ini, sedangkan isu ini tidak berbangkit sama sekali.
Malah pemimpin Umno saban hari membuat kenyataan tawaran kepada PAS untuk jawatan-jawatan seperti Menteri Besar dan sebagainya. Semua ini adalah strategi mereka untuk menjadikan DAP dan PKR ragu kepada kesetiaan PAS dalam Pakatan Rakyat.
Sekali lagi saya merayu kepada pimpinan PAS dan DAP supaya menghentikan segala kenyataan akhbar berkenaan muzakarah ini.
Kepada pemimpin Umno saya ingin tegaskan jangan cuba mainkan isu ini lagi. Hentikan segera.

Comments

yog7948 said…
come on sir.. people are aware of the buffaloes that brought the mud.. That three stooges has given the rakyat a bad impression of PAS.

As long these guys are there, the doubt on PAS sincerity will be questioned.

Don't ask who the three stooges are.. H M N
Anonymous said…
For me PAS sincerity is still there. This is Umno tactics to create unhappines among the Pakatan Rakyat members.
Anonymous said…
For me PAS sincerity is still there. This is Umno tactics to create unhappines among the Pakatan Rakyat members.
yog7948 said…
The true believer of Pakatan won't have much doubt.. i am mentioning bout those half minded supporters.. Those are the real deciders for Pakatan forming government.

Most of them having doubt of PAS sincerity.. We can explain the real truth of MSM spinning to them if we meet one. But how many could you meet?

All these doubt can be cleared if PAS top brass could organize or join any road show and clarifies these commotion to the Rakyat..

Never mind of those with internet.. the netizens are aware of the MSM Spin Dr.