BERJIMAT CARA ALI RUSTAM - Ref Malaysiakini

Saya merasa pelik dan ajaib dengan tulisan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di dalam blognya.
Antara lain katanya langkah Kerajaan negeri untuk menganjurkan tiga acara besar Ogos depan iaitu Perayaan Hari Kebangsaan Ke-51, Sambutan Pengisytiharan Bandaraya Melaka sebagai Bandaraya Warisan Dunia serta Pelancaran Promosi Eye On Malaysia Melaka adalah langkah bagi menjimatkan perbelanjaan, khususnya ekoran kesan kenaikan harga minyak di pasaran dunia.
Apa yang kita tahu membawa dan memindah serta menyediakan tapak Eye On Malaysia itu sendiri menelan belanja RM40 juta adalah suatu pembaziran sekarang beliau ingin bercakap soal berjimat pula. Sepatutnya kerajaan negeri berjimat dengan tidak memindah dan membeli Eye On ini bukannya sekadar berjimat dengan mengadakan 3 acara besar secara bersama. Inilah mentaliti kerajaan dan pemimpin BN yang tidak tahu mana 'priority' dan mana yang 'urgent' walaupun di saat rakyat tertekan dan susah sekarang ini.
Baru-baru ini saya sempat singgah sebentar di Taman Lanun Melaka (Pirate Park) di mana di sana terdapat beberapa permainan untuk kanak-kanak dan orang dewasa termasuk sebuah roda berpusing ala Eye On Malaysia. Apa yang saya lihat ianya tidak mendapat sambutan di mana Roda Berpusing itu sendiri kurang mendapat sambutan. Inikan pula nak bawa roda yang lagi besar yang menelan belanja RM40 juta.
Saya ingin merayu kepada pemimpin BN Melaka supaya menilai semula cara YB-YB berfikir supaya jangan hanya mementingkan pembangunan dan permainan sahaja kerana RAKYAT SEKARANG BUKAN BERFIKIR UNTUK BERSERONOK TETAPI RAKYAT SEKARANG MEMERAS OTAK UNTUK BERFIKIR MACAMANA NAK CARI MAKAN KERANA BERAS MAHAL, BARANG MAHAL, SEMUANYA MAHAL DAN HARGA MELONJAK-LONJAK NAIK.

Comments

Karina said…
Muda mudi tentunya seronok dengan kehadiran Eye On Malaysia ini saudara Sofi kerana apa???Kerana boleh buat maksiat di dalamnya terutamanya bila mana benda itu tiba di kemuncaknya..maka memuncak la nafsu muda mudi itu..muga melaka dijauhkan daripada balak bencana Allah SWT